BULETIN SEKOLAH 1

The Red Worrior tewas kepada Iraq FC

IRAQ 18 SEPT,-Harapan kelantan untuk bertahan akhirnya menemui jalan buntu apabila mereka telah dikejutkan dengan jaringan besar iaitu 5-1.Pada masa pertama perlawanan mereka dapat mengekang asakan bertali-arus oleh pasukan Iraq yang bertubi-tubi menyerang gawang pasukan TRW. Disaat akhir masa pertama Iraq berjaya menjaringkan gol pertama mereka. Selang 3 minit TRW dapat menyamakan jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti. Pada babak masa kedua pasukan Iraq menggandakan lagi serangan terhadap pasukan Kelantan dan jaringan besar telah dihasilkan oleh Iraq. Diharapkan pasukan Kelantan dapat menebus kembali kekalahan ini apabila bertemu Iraq di stadium Kota Bharu nanti.-BERNAMA

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2012

MALAYSIA NEGARAKU
Cintailah Negara Kita                      

                 KARTUN BULITEN SKS      
Majlis Perpisahan Menjadi Memori Untuk SKS
                    
                                                                               DEWAN SKS 14 Sept.-"Perpisahan tetap berlaku jua walaupun apa keadaan jua", itu kata-kata Cikgu Azmi pada ucapan di majlis perpisahan beliau. Beliau berkesempatan meluahkan perasaan sedih dan hiba beliau kerana berpisah dengan warga SK Sungala setelah berkhidmat lebih dari 10 tahun beliau disana. Sepanjang berkhidmat disana, beliau seronok berkerja sebagai satu pasukan semasa di SK Sungala.Cikgu Azmi dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan KO-Kurikulum(GPKKO) SK Tanjung Agas.                                                        Turut diraikan bersama iaitu Cikgu Syarifudin yang juga bersedih kerana berpisah dengan warga SK Sungala. Walaupun sekejap beliau di SK Sungala sebagai GPKKO, namun banyak kenangan yang terpahat dilipatan sejarah SK Sungala.Kini beliau dinaikkan pangkat ke Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson (PPDPD) di Unit Hal Ehwal Murid(HEM).
Diharap Cikgu Azmi dan Cikgu Syarifudin tidak jemu-jemu untuk datang ke SK Sungala di lain masa.Kami warga Sk Sungala mengucapkan selamat berjaya ditempat baru dan ampun maaf jika terkasar bahasa sepanjang bersama.-BERNAMA

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2012


DEWAN SKS 10 Sept.- Selamat menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR 2012. Peperiksaan UPSR bermula pada 11 September sehingga 13 September 2012. Seramai 24 orang calon yang menduduki peperiksan Ujian Penilaian Sekolah Rendah untuk tahun 2012 ini. Hari ini persiapan tempat telah di atur dan di susun oleh guru-guru tahun 6 SK Sungala. Manakala sesi bersalaman memohon restu guru-guru telah dijalankan pada pukul 1.00 tengahhari tadi. Diharap murid-murid tahun 6 SK Sungala dapat menjawab dengan tenang dan berjaya mendapat 5A.-BERNAMA


bulitensks.ISNIN 3 SEPTEMBER 2012                                                                                             .

Bincang sambutan Hari Raya SK Sungala


BILIK GERAKAN SKS 3 Sept.Satu mesyuarat telah diadakan bertujuan untuk membincangkan tentang Majlis Hari Raya SK Sungala yang akan di jalankan pada 6 September 2012.Majlis ini turut dibantu oleh PIBG  dan pihak Kem 2Amor,Kem Sungala.Antara persiapan yang perlu dititik beratkan adalah makanan, persiapan tempat, menu dan bahan untuk memasak.Menu yang dipersetujui adalah rendang ayam, lemang, kuah ledeh, sambal ikan bilis, nasi impit dan kuah kacang. Manakala menu yang disumbang oleh tauke kantin adalah bihun sup power.
Majlis ini juga turut di meriahkan oleh Wak and the geng dengan menyanyikan beberapa lagu.
Antara lagu yang dimainkan Wak adalah Menjelang hari raya, satu hari dihari raya dan sebagainya.Manakala persiapan tempat pula dibantu oleh pihak tentera.Mereka telah menyediakan 4 buah khemah, kerusi dan meja.Di harap dengan kerjasama semua pihak dapatlah majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Kami Warga Sekolah Kebangsaan Sungala berterima kasih pada semua yang membantu....-BERNAMA










Tiada ulasan:

Penafian
: Sekolah Kebangsaan Sunggala adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.