SEJARAH SEKOLAH



Sejarah Penubuhan SK Sungala
  

     Sekolah Kebangsaan Sungala merupakan sebuah sekolah yang istimewa kerana ia terletak didalam kem askar iaitu Kem Sungala. SK Sungala terletak didalam jajahan Port Dickson,Negeri Sembilan dan dibawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson(PPDPD) Negeri Sembilan. Lokasinya  yang terletak berhampiran dengan bandar Port Dickson iaitu 10 km dan bandar Seremban iaitu 40 km. Banyak kemudahan yang boleh didapati disini iaitu Hospital PD, Muzium Tentera, Pasar Malam Batu4, Masjid, Balai Polis, Pejabat Pos, Hotel-hotel terkemuka dan sebagainya. Sekolah Kebangsaan Sungala mula dibina pada 28 ogos 1960 dan memiliki murid seramai 530 orang. Sekolah ini diberi gred A kerana memiliki ramai murid, manakala Guru Besar yang pertama iaitu En.Othman bin Sudin(1960-1970). Sekolah Kebangsaan Sungala mengamalkan Moto/Congankata Belajar Terus Belajar dan diamalkan hingga kini. Sekolah yang berhampiran dengan SK Sungala adalah SK Kampung Baru, SK SiRusa, SK Telok Kemang, SK Panglima Adnan, SMK Kampung Baru dan SMK Bukit Saujana.
      Bangunan pertama Sekolah Kebangsaan Sungala yang dibina sekitar tahun 1960 menempatkan Bilik Pejabat SK Sungala, Bilik Guru, Kelas(Tahun 1-6) dan tandas. Bangunan ini mula digunakan pada tarikh 28 Ogos 1960.




          Manakala bangunan seterusnya adalah Kantin SK Sungala yang dibina tahun 1968 dan mula digunakan pada tarikh 6 Januari 1969. Struktur bangunan ini menggunakan 100% kayu dan simen.











Tiada ulasan:

Penafian
: Sekolah Kebangsaan Sunggala adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.